Bas Baru, Bila Tunggu, Tapi Tak Sampai.

 

Oleh; Princess KTP.

Tarikh; 18 Julai 2007.

 

[DSC06909.JPG]

 

Pihak Jaringan Mahasiswa Islam Semalaysia (JAMIS-UPM) merakam jutaan penghargaan kepada pihak pentadbiran universiti yang sedia menyediakan perkhidmatan bas yang mengelilingi perjalanan dalam kampus. Dengan ini, mahasiswa mendapat manfaat terhadap usaha murni yang telah dilaksanakan bermula minggu lepas.

 

 

 

 

Konsep bas baru.

 

Bas baru yang dimaksudkan itu adalah Shuttle Akademik yang kini mula beroperasi sejak minggu lalu. Konsep bas Shuttle Akademik ini adalah menyerupai konsep BIF (Bas Inter Fakulti) yang dicadangkan oleh pihak JAMIS melalui Mata-mata JAMIS UPM pada semester lalu.

 

Dukacitanya, biarpun perkhidmatan bas itu amat bermanfaat, namun bilangannya masih belum mencukupi bagi menampung jumlah mahasiswa di dalam kampus.

 

Beberapa orang mahasiswa yang ditemui kecewa dengan fenomena ini. Ini kerana, amat ramai mahasiswa di UPM sedangkan bas dalam kampus ini Tambahan pula, bas sedia ada yang mengangkut mahasiswa balik ke kolej kediaman, masih lagi digunakan untuk tujuan pengangkutan dalam kampus. Ini telah menyebabkan kesesakan dalam bas yang sepatutnya ke kolej kediaman.

 

[DSC06910.JPG][DSC06911.JPG]

 

 

 

 

Kelewatan perkhidmatan bas ke kolej.

 

Biarpun UPM berbangga dengan kehadiran beberapa unit bas baru, namun begitu mahasiswa telah mendapati bahawa kualiti perkhidmatannya masih berada pada takuk lama.

 

Bas tiba/bergerak lambat, pemandu bas cerewet/suka memarahi penumpang/ dan lain-lain lagi masih menjadi daki dan kudis kepada prestasi perkhidmatan bas di UPM.

 

Seorang mahasiswa yang mengadu kepada kami mengatakan bahawa dia telah menunggu bas K5/KTP/KPZ pada dari jam 6.15 petang. Pada jam 7 malam, bas ini tiba di hadapan perhentian bas Alam Sekitar (di mana tempat dia menunggu bas berkenaan untuk balik ke kolej kediaman).

 

 

[DSC06906.JPG]

Pada awalnya, bilangan bas yang semakin bertambah memberi kesenangan kepada mahasiswa. Namun begitu, UPM masih belum bersedia untuk menghadapi situasi sekarang yang mana semua mahasiswa tidak lagi dibenarkan membawa kenderaan, sebaliknya menggunakan perkhidmatan bas. Malangnya, perkhidmatan bas masih belum cukup, dan kualiti perkhidmatan yang masih lemah. Hal ini seharusnya diambil berat oleh pihak bertanggungjawab agar kesaksamaan dan keselesaan mahasiswa terjaga.

 

 

 

Kembali ke Halaman Utama Mahasiswa-UPM

 

 

 

Anda Mahasiswa UPM?

 

Anda mempunyai masalah di dalam kampus?

Pengangkutan? Meal Plan? Harga Makanan? Sistem akademik? Yuran? Kemudahan kolej kediaman?

Sila adukan masalah anda kepada kami. Kami boleh membantu anda.

Emailkan aduan anda ke mahasiswaupm@yahoo.com

 

Kerana kami ada cara

P/S; Add kami ke dalam .

Friendster anda dengan email ini! .